Jumaat, 13 Disember 2013

Renungan

Renungan


 
 























Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua!

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit-sebanyak keperluan Insurans di
dalam hidup kita. Sebelum saya teruskan, saudara/saudari yang budiman
lihatlah dengan mata hati di atas petikan-petikan akhbar di atas!

Petikan akhbar di atas hanyalah kisah duka beberapa insan yang langsung
tidak menduga dugaan sebegini bakal dihadapi oleh mereka. Saya di sini

bukanlah berniat untuk mencanag kisah lara masyarakat kita dan jauh sekali
untuk menakut-nakutkan para pembaca yang budiman.

Petikan ini dikongsi bertujuan untuk membuatkan kita berfikir sejenak
adakah kita bersedia jika diuji seperti perkara di atas!Saya hanya ingin
mengingatkan diri sendiri dan juga tuan/puan. Orang tua-tua kata, sediakan
payung sebelum hujan, jangan dah terhantuk baru nak terngadah.
Oleh kerana perkara sebegini, kita disarankan untuk bersiap sedia dengan
sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.
Ramai yang melihat insurans itu sebagai yang membebankan terutama kaum
melayu kita. Ramai yang beranggapan insurans ini tidak relevan kerana tiap-
tiap bulan kita bayar untuk untuk sesuatu yang kita tak pasti sama ada perlu 
atau tidak.

Namun, cuba difikirkan kembali, kenapa hampir keseluruhan bangsa Cina atau
India mempunyai Insurans? Ini adalah kerana mereka mengangap insurans
adalah SATU PELABURAN!

Caruman yang dibayar setiap tahun ini bertujuan untuk MELINDUNGI kewangan
mereka. Saya pasti yang tuan/puan juga tidak mahu wang simpanan yang
disimpan setiap bulan hilang sekelip mata demi keperluan menampung kos
perubatan.Sudah tentu kita pasti akan cari wang untuk menampung kos
perubatan terutama jika ia melibatkan anak dan isteri kita. Sesetangah sanggup
bergadai, berhutang demi untuk melihat insan tersayang sembuh dan pulih...
Bukankan ini semua dapatdielakkan dengan insurans?

Jika kita sekaya Bill gates ataupun mana-mana billionaire dunia, sudah tentu
kita xperlukan Perlindungan Insurans sebegini kerana jika sesuatu terjadi
kepada mereka, kos rawatan yang bakal dibayar tidak sedikit pun menggugat
kewangan mereka yang dimana harta mereka boleh dikatakan mampu bertahan
beberapa keturunan.

Namun, adakah kita sebegitu? adakah kita mampu bayar cash?

Ada sesetengah mungkin berkata, "Saya Mampu! No hal punya lah..harta saya
banyak!!" Jika ada, tahniah saya ucapkan kepada yang mampu. Namun, jika
anda ingin tahu, menerima rawatan hospital melalui perlindungan Insurans
adalah lebih baik dan menguntungkan.

Kenapa saya berkata begitu? Tahu tak tuan-puan semua bahawa, jika bayaran
dilakukan melalui cash, anda atau orang tersayang anda berkemungkinan
"BAKAL dijadikan BAHAN UJIKAJI" oleh pihak Hospital? Ini adalah kerana, jika
anda bayar Cash, tiada orang akan monitor apakah rawatan yang telah
dilakukan kepada anda dan tiada siapa yang tahu sama ada anda telah di
"OVERCHARGE" oleh pihak hospital ataupun tidak.

Namun, dengan perlindungan Insurans, mana-mana panel hospital sebenarnya
tidak berani sewenang-wenangya mengenakan sebarang jenis rawatan yang
tidak sepatutnya dan mengenankan Caj Rawatan yang malampaui batas. Ini
adalah kerana setiap Syarikat Insurans ada Doktor Pakar tersendiri yang akan
menilai & memastikan caj dan rawatan yang dikenakan adalah yang sepatutnya
diterima oleh pesakit. Pihak hospital berkemungkinan kehilangan bisnes mereka
jika mereka buat sesuatu yang tidak sepatutnya. Sudah tentu rawatan melalui 
bayaran insurans adalah sumber utama pendapatan pusat-pusat rawatan 
sebegini.

Saya sendiri mengalami peristiwa apabila saudara saya dimasukkan hospital
kerajaan dan doktor tidak dapat mengenal pasti punca penyakitnya. Akibatnya,
doktor ingin mengambit air sumsum tulang belakang yang pasti mempunyai
kesan sampingan dan lain-lain lagi seolah-olah menjadi bahan ujikaji mereka.
Dengan Medical card, kita mempunyai "Second Opinion" dengan doktor dari
hospital lain dan tidak perlu untuk melalui prosedur yang tidak sepatutnya
dijalankan olah anda.

Oleh itu, saya dengan ini ingin menyeru para pembaca semua untuk lengkapi
diri anda dengan perlindungan Insurans untuk menjamin masa depan anda.
Sewaktu kita muda, mungkin kita rasa tiada keperluannya, namun, apabila umur
semakin meningkat dan kesihatan semakin menurun, kelak pasti pelbagai
rawatan dan duit bakal diperlukan.

Akhir kata, ingatlah perkara berikut :












Sekian dulu perkongsian ringkas dari saya,

Daripada Perunding Takaful Mesra Anda!
Amir Bin Hamzah

Tel/Whatsapp   : 019-5555393
Email Add.        : amir.takafuladvisor@gmail.com
Blog                : http://aia-insurantakafulku.blogspot.com/
Website           : www.aia-afg.com.my