Memaparkan catatan dengan label kelebihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelebihan. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Oktober 2013


Simpan RM4.80 sehari dapat SERENDAH RM5.94 Juta di AIA AFG Takaful

Dah agak lama saya tak update blog insuran takaful pilihanku. Maklumlah, agak sibuk kebelakangan ini. Dikesempatan ini dan ruang yang terhad ini, saya nak sharing dengan kawan kawan bagaimana AIA Takaful dapat membantu anda menyediakan pelan perubatan tertinggi dengan simpanan serendah RM4.80 sehari.
Pernahkah anda terbayang simpan serendah RM4.80 sehari mempunyai nilai serendah RM5.94 juta di AIA AFG Takaful? Mesti anda tertanya-tanya apa yang saya cuba sampaikan? Cuba baca seterusnya.


Seperti KWSP

Seperti yang kita maklumkan bahawa akaun simpanan kita di KWSP mengandungi dua jenis akaun iaitu Akauan I untuk persaraan dan akaun II untuk rumah,pengajian dan juga perubatan.

Akaun I kita tidak boleh keluarkan sehingga umur 50 tahun, tapi akaun II kita boleh keluarkan dengan syarat hendaklah untuk kegunaan seperti pembelian perumahan, pengajian dan perubatan.

Samalah juga dengan akaun di AIA AFG Takaful ni, ianya terdiri dengan 2 akaun, satu untuk persaraan dan satu lagi untuk perubatan. Namun, tidak seperti KWSP, kita tidak perlu tunggu sehingga berumur 50 tahun untuk buat pengeluaran. Kita boleh buat pengeluaran apabila nilai akaun sudah mencecah lebih kurang RM2000 lebih.

Struktur Akaun

Tidak seperti KWSP, yang sumber adalah datang dari dua sumber iaitu orang yang mencarum dan juga majikan. Akaun ini adalah datang dari satu sumber iaitu kita sahaja. Jadi, janganlah berharap jumlah simpanan setinggi seperti di KWSP.
Ok disini saya ambil contoh diri sendiri, simpanan RM4.80 sehari adalah bersamaan dengan RM150 sebulan. Daripada RM150 itu akan dipecahkan kepada 2 akaun, iaitu akaun persaraan dan akaun perubatan. Tidak seperti KWSP, pecahan kedua iaitu akaun perubatan di AIA AFG Takaful ini disediakan sebanyak RM90,000 setahun sejak dari mulanya akaun dibuka sehingga peserta berumur 99 tahun.

Jadi jika di tolak dengan umur saya tahun ini iaitu 33 tahun, ada perbezaan 66 tahun, dan 66 tahun itu didarabkan dengan RM90,000 bermakna jumlah akaun perubatan adalah sehingga RM5.94 juta selama 66 tahun ini.

Jika dibandingkan dengan KWSP, akaun II hanyalah mengikut jumlah terkumpul dan jika digunakan ia terpaksa dikumpulkan semula.

Kelebihan akaun perubatan

  • Tiada ko-takaful sekiranya jumlah bil dibawah RM22,000
  • 10% ko-takaful jika lebih RM22,000 dengan maksimum RM3000
  • Tiada ko-takaful untuk transplan organ, jadi percuma sehingga RM90,000
  • Elaun tunai untuk hospital kerajaan.
  • 120 hari masing-masing untuk bilik biasa di dalam negara dan luar negara serta Unit rawatan rasmi.
  • Bil perubatan 60 hari sebelum dan 120 hari selepas juga boleh dituntut.
  • Rawatan pesakit dirumah.
  • Elaun tunai menemankan anak dihospital.
  • Dan macam-macam lagi.

Berminat

Mungkin ada pembaca yang berminat ingin tahu bagaimana untuk menyimpan atau mencarum, berapakah jumlah simpanan yang patut disimpan. Seperti KWSP, tidak semua orang mencarum dengan jumlah yang sama, ia mengikut jumlah gaji seseorang itu. Untuk akaun simpanan di AIA AFG Takaful, perbezaan jumlah simpanan setiap orang adalah mengikut umur.

Jika ada antara pembaca ingin mengetahui berapa jumlah simpanan minimum yang mereka perlu simpanan sehari, bolehlah sediakan sedikit info seperti:
  • Nama
  • Tarikh lahir
  • Merokok atau tidak.
  • Pekerjaan

Jika ada segala pertanyaan bolehlah hubungi maklumat tertera dibawah:

Nama: Amir bin Hamzah
HP: 019 . 5555 393
Email: amir.takafuladvisor@gmail.com

Selasa, 24 September 2013

Medical Card (A-Medik)

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua pelawat blog saya! Sebelum ini saya sudah menceritakan apa kepentingan & keperluan perlindungan takaful kepada kita. Kali ini saya ingin berkongsi salah satu daripada Pakej perlindungan di bawah AATB (AIA AFG Takaful Berhad) iaitu A-Medik. A-MEDIK merupakan pelan medikal kad terunggul daripada AATB. Pelan ini yang begitu flexible pasti dapat memenuhi keperluan perlindungan untuk anda. Pelan ini bukan sahaja dapat melindungi diri anda MALAH dapat MELINDUNGI PASANGAN & ANAK-ANAK anda sekali dibawah satu pelan! Bayangkan, kalau produk perlindungan lain, coverage untuk seorang dah RM 200 la katakan, kalau campur dengan isteri + Kalau anak ader 4 orang? x ker teruk nak kener bayar RM 1200 SEBULAN? So, last-last mulalah kiter cover anak dulu atau isteri dulu berdasarkan kemampuan kewangan yang ada, Tapi macammana kalau malang itu menimpa kepada orang yang tidak dicover? x ker parah nak membayar bill medikal... Saya di sini bukanlah nak menakut-nakutkan atau ingin meminta perkara yang buruk, jauh sekali di pemikiran saya...namun, jika saya katakan ada pelan perlindungan yang mampu milik yang boleh melindungi keseluruhan keluarga anda semua macammana? Pasti ianya lebih baik dan menuntungkan kepada anda bukan ? Haa....di sinilah saya ingin memperkenalkan A-Medik; Sepintas lalu mengenai A-Medik : Perlindungan perubatan dan kemasukan hospital yang MENYELURUH! Boleh upgrade/downgrade plan (Dari individu ke pelan famili dan sebaliknya) Boleh cover pasangan dan Anak (Sehingga 4 orang)-Pendek kata whole family laa! TIADA Had seumur hidup! Perlindungan sehingga 99 Tahun! Pilihan 5 pelan perubatan takaful yang mampu dimiliki!!
 

Berikut merupakan jadual manfaat pelan ini :



Jika tuan/puan ambil pakej keluaga (lebih dari seorang), coverage yang dinyatakan di atas adalah amaun Coverage untuk SETIAP INDIVIDU, bukan dikongsi oleh setiap ahli Polisi.

Haa...Bukan tu sajer, yang bestnye, pelan ini bebas Ko-Insurans@ko-Takaful sehingga RM 22,000 (Pelan AM150)..Maknanya, kemasukan anda ke hospital adalah tanpa wang "Cashless" jika bil rawatan anda tidak melebihi RM 22,000..Jika melebihi jumlah Had Tahunan Free Ko-Takaful, anda hanya dikenakan bayaran 10% daripada baki jumlah bill rawatan anda...Berikut adalah Contoh & Definisi Ko-Takaful :


So, rasanya dah clear pasal Ko-takaful, ingat bahawa amaun bebas ko-takaful adalah berbeza mengikut pelan.

Seterusnya, yang saya rasa paling penting adalah pelan ini TIDAK MEMPUNYAI HAD SEUMUR HIDUP!!

Kenapa penting? Ye lah, cuba bayangkan jikalau kita menghadapi kanser (nauzubillah..minta2 dijauhkan), mesti kos rawatan menelan ratusan ribu dan makan bertahun untuk rawatan, anda pasti berasa pelan ini yang tidak mempunyai had seumur hidup merupakan suatu rahmat...

Kalau pelan perlindungan lain, ianya pasti mempunyai Had seumur hidup, dan katakan lah anda telah habiskan had seumur hidup anda, pasti anda sukar untuk mendapatkan polisi insurans lain apabila polisi tuan expired sebab biasanya syarikat insurans tak akan cover orang berpenyakit-Jadi pemilihan pakej ini penting untuk anda!

Yelahh...Kalau boleh cover orang yang sakit, dah banyak agen pergi jual insurans kat Hospital tiap-tiap hari dan xadalah orang yang meminta bantuan sepeti dalam rancangan Bersamamu (TV3)..Betul x?

Dahlah Pelan ini tak ada had seumur hidup, Lepas tu boleh RENEW sampai umur 99 TAHUN!! Yelah, kita tak tahu umur kita nie panjang ke tidak, tapi sesetengah insurans hanya cover sampai umur 65 @ 70 tahun.. Kalau hidup lebih panjang daripada polisi, Macammana? maknanya kenerlah keluar duit poket sendiri kalau sakit..Seboleh-bolehnya kita tak mahu susahkan anak kita time tu la kan?

BERAPA HARGA PAKEJ???

Haa..ini bab menarik! Illustrrasi di bawah hanyalah Harga kasar dan ia mungkin berbeza mengikut kadar risiko masing-masing. Ianya hanyalah untuk panduan..

Untuk quotation anda, sila Hubungi saya di Talian 019 - 5555 393 atau 011 - 2437 3103. Kalau malu nak cakap, haa, emailkan permintaan untuk quotation saudara/saudari to : amir.takafuladvisor@gmail.com. InsyaAllah saya akan membalasnya secepat boleh.



#Maklumat:
Harga di atas adalah kiraan secara kasar untuk pelan AM 150
(Untuk maklumat tepat, sila hubungi saya untuk quotation khas untuk anda)

Male(I)                         : Harga pelan bagi Lelaki     (Coverage Seorang Diri)
Female(I)                      : Harga pelan bagi Wanita   (Coverage Seorang Diri)


Male(IC)                      : Harga pelan bagi Lelaki     (Coverage Seorang Diri + Anak- Max 4 Orang anak)
Female(IC)                   : Harga pelan bagi Wanita    (Coverage Seorang Diri + Anak- Max 4 Orang anak)
Individu +Spouse (IS)   : Harga pelan coverage bagi Pasangan (Suami +Isteri)
Individu + Family (IF)   : Harga pelan coverage bagi Keseluruhan keluarga                                                      
                                      (Suami+Isteri+Anak -Max 4 orang anak)

Bayangkan kalau pelan biasa, setiap individu perlu ada satu polisi, tapi, dengan Pelan A-Medik dari AATB, RM 230.16 anda boleh cover 6 individu..

Jadi, apa lagi, Hubungi saya untuk mendapatkan Quotation khas untuk anda atau untuk Temujanji !!!

Sila berikan Nama, Umur, Status Merokok dan saya akan PM Maklumat tersebut ke inbox tuan/puan..Nak senang, call jer terus!!

Berjumpa lagi pada update seterusnya di mana saya akan berkongsi satu lagi pelan hebat yang mempunyai Manfaat Kematian@ Lumpuh Hilang Upaya sehingga RM 500,000 yang anda pasti mampu milikinya!

Sekian dari saya, wassalam

Amir Bin Hamzah,
Perunding Takaful AIA AFG Takaful
019 - 5555 393 / 011 - 2437 3103 ( wechat/ wassap / kakaotalk)
amir.takafuladvisor@gmail.com


Isnin, 23 September 2013

ANUGERAH EMAS JENAMA PALING DIPERCAYAI

AIA adalah satu-satunya pelopor pelan medikal kad keluarga tanpa had perubatan. Dengan kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh setiap pelanggan, AIA telah dianugerahkan 'ANUGERAH EMAS' jenama paling dipercayai dalam kategori Insurans di Malaysia sebanyak 9 kali. Marilah menyertai komuniti pelan perubatan hanya di AIA AFG Takaful Berhad. http://www.aia.com.my/en/resources/42fa2a80401bc55493e1d30dfc3c5ea9/AIA_Bhd_news_20130609_BM.pdf

Selasa, 3 September 2013

Kelebihan medical card AIA AFG TAKAFUL

Faedah Memiliki Medical Card AIA AFG Takaful
Assalammua'likum semua...!! Disini ingin saya kongsikan tentang kepentingan medical card (kad perubatan) dalam kehidupan kita sehari-hari. Sekarang ni, tak dinafikan bahawa orang melayu semakin sedar akan kepentingan memiliki insuran. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan di laman-laman sosial, di dada-dada akbar, juga di berita-berita tentang 'sediakan payung sebelum hujan'..iaitu tentang betapa pentingnya medical card ini sebagai 'payung' kepada keluarga kita...

Tapi, macam mana nak tahu pelan medical card yang paling bersesuaian dengan keperluan dan dibawah kemampuan kita? dan yang paling penting dapat membantu/berguna ketika kita sangat-sangat memerlukan pertolongan? dan yang lebih utama kita mampu membayarnya setiap bulan... dengan erti kata yang lain ianya MURAH....

Di sini saya ingin mengetengahkan beberapa kekuatan & kelebihan yang dimiliki oleh medical card AIA AFG Takaful…Ini bukan bermaksud medical card syarikat-syarikat TAKAFUL yang lain tidak bagus… Tetapi cukuplah saya tekankan di sini hak anda sebagai pengguna; memilih medical card yang paling sesuai berdasarkan keperluan dan kemampuan anda…

Apa yang AIA AFG Takaful tawarkan?
1.           Medical card yang selaras dengan kehendak syariah di mana medical card ini adalah medical card takaful yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984.
2.           Pelan yang ditawarkan oleh AIA AFG Takaful memiliki ciri-ciri fleksibel di mana client boleh memilih pelan yang dikehendaki mengikut kesesuaian dan kemampuan, di antaranya:
·                      Pelan: Peserta boleh memilih pelan Medical Card Stand Alone ataupun Medical Card Rider. Apakah kelebihannya?
·                                             Medical Card Stand Alone – murah jika umur kita masih muda tetapi harganya meningkat mengikut peningkatan umur. Di samping itu, peserta boleh rebate income tax extra RM3000 daripada pelan perubatan ini.
·                                             Medical Card Rider – Peserta perlu menyertai pelan Investment Link dan sertakan rider medical card bersama. Kelebihannya, Investment link memiliki Unit Deducting Rider di mana kenaikan harga Medical Card tadi ditampung oleh keuntungan pelaburan. Justeru customer enjoy the same contribution all the time. Sesetengah ejen kata medical card ni tak naik harga….
·                                             AIA AFG Takaful merupakan satu-satunya syarikat Takaful yang menawarkan pelan Medical Card untuk Individu & anak-anak serta pelan individu & keluarga.

Untuk pengetahuan anda, semua syarikat takaful yang ada di Malaysia hanya menawarkan pelan individu. Iaitu untuk orang perseorangan...dan jika kita mahu ambil insurans untuk keseluruhan ahli keluarga kita, kita terpaksa mengambil insuran satu persatu. Dan sudah tentu kos pembayaran juga adalah tinggi. Dan saya pasti, tak ke semua masyarakat kita hari ini mampu buat macam tu kan?
Jika ditakdirkan sakit, bolehkah kita memilih siapa di kalangan keluarga kita yang akan sakit? Jika kita hanya ambil medical card untuk diri kita sahaja, sanggup tak kita lihat penderitaan ahli keluarga kita yang lain sekiranya ujian sakit menimpa? Na’uzubillahi min zaalik…
Justeru AIA AFG Takaful mengambil inisiatif menawarkan family medical card; pelan untuk satu keluarga, tak kira berapa ramai ahli keluarga anda, anda hanya perlu membayar jumlah yang sama biarpun ahli keluarga bertambah*. Jimat kan


Bagaimana dengan manfaatnya?
1.           Satu-satunya Takaful Medical Card yang tiada had limit keseluruhan. Asalkan polisi anda masih aktif, anda berhak claim tak kira berapa banyak sehingga akhir hayat kita.
2.           Had Tahunan yang tinggi; pelan satu pun sudah RM90,000, yang paling best jika ambil pelan keluarga, setiap individu memiliki had tahunan RM90,000. dan ianya tanpa had.... cthnya sekiranya pada tahun ini kita dah guna rm 30,000 thn dpn had tahunan kita ttp akan jd rm 90,000. begitu juga lah pada thn2 akan dtg.
3.           Ada limit free ko-takaful. Kebanyakan syarikat mengenakan ko-takaful. Apa maksudnya? Jika syarikat terbabit mengenakan 10% ko-takaful bermakna peserta takaful terpaksa membayar 10% daripada jumlah bil bergantung kepada maksimum yang dikenakan syarikat tersebut.. tetapi dengan medical card AIA AFG rm22500 adalah free ko-takaful bagi plan 150.
4.           Boleh claim kos rawatan selepas keluar wad sehingga maksimum 120 hari. Ini memberikan masa yang lebih kepada pelanggan berbanding kebanyakan syarikat lain; ada yang hanya 31 hari sahaja.
5.           Tiada caj ko-takaful sekiranya peserta upgrade bilik. Peserta takaful hanya perlu bayar lebihan harga bilik daripada harga pelan yang dimiliki x jumlah hari di hospital. Sesetengah syarikat mengenakan ko-takaful sehingga 20% daripada harga keseluruhan bil.
6.           Guarantee renewal. Peserta masih boleh meneruskan pelan takaful biarpun dah buat claim.
7.           Servis yang cekap. Ini kerana AIA AFG Takaful tidak menggunakan pihak ketiga dalam menguruskan claim dan sebagainya. Ini mempercepatkan proses dan memudahkan claim
Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain yang boleh dikongsi. Semoga keterangan ini dapat membantu saudara sekalian!!!


Amir Bin Hamzah,

Perunding Takaful AIA AFG Takaful

019 - 5555 393

amir.takafuladvisor@gmail.com