Faedah Memiliki Medical
Card AIA AFG Takaful
Assalammua'likum semua...!!
Disini ingin saya kongsikan tentang kepentingan medical card (kad perubatan)
dalam kehidupan kita sehari-hari. Sekarang ni, tak dinafikan bahawa orang
melayu semakin sedar akan kepentingan memiliki insuran. Ini mungkin disebabkan
oleh pendedahan di laman-laman sosial, di dada-dada akbar, juga di
berita-berita tentang 'sediakan payung sebelum hujan'..iaitu tentang betapa
pentingnya medical card ini sebagai 'payung' kepada keluarga kita...
Tapi, macam mana nak tahu
pelan medical card yang paling bersesuaian dengan keperluan dan dibawah
kemampuan kita? dan yang paling penting dapat membantu/berguna ketika kita
sangat-sangat memerlukan pertolongan? dan yang lebih utama kita mampu
membayarnya setiap bulan... dengan erti kata yang lain ianya MURAH....
Di sini saya ingin
mengetengahkan beberapa kekuatan & kelebihan yang dimiliki oleh medical
card AIA AFG Takaful…Ini bukan bermaksud medical card syarikat-syarikat TAKAFUL
yang lain tidak bagus… Tetapi cukuplah saya tekankan di sini hak anda sebagai
pengguna; memilih medical card yang paling sesuai berdasarkan keperluan dan kemampuan anda…
Apa yang AIA AFG Takaful tawarkan?
Apa yang AIA AFG Takaful tawarkan?
1.
Medical card yang selaras dengan kehendak syariah di mana medical
card ini adalah medical card takaful yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
dan didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984.
2.
Pelan yang ditawarkan oleh AIA AFG Takaful memiliki ciri-ciri
fleksibel di mana client boleh memilih pelan yang dikehendaki mengikut
kesesuaian dan kemampuan, di antaranya:
·
Pelan: Peserta boleh memilih pelan Medical Card Stand Alone
ataupun Medical Card Rider. Apakah kelebihannya?
·
Medical Card Stand Alone – murah jika umur kita masih muda tetapi
harganya meningkat mengikut peningkatan umur. Di samping itu, peserta boleh rebate income tax extra RM3000 daripada pelan
perubatan ini.
·
Medical Card Rider – Peserta perlu menyertai pelan Investment Link
dan sertakan rider medical card bersama. Kelebihannya, Investment link memiliki
Unit Deducting Rider di mana kenaikan harga Medical Card tadi ditampung oleh
keuntungan pelaburan. Justeru customer enjoy the same contribution all the
time. Sesetengah ejen kata medical card ni tak naik harga….
·
AIA AFG Takaful merupakan satu-satunya
syarikat Takaful yang menawarkan pelan Medical Card untuk Individu &
anak-anak serta pelan individu & keluarga.
Untuk pengetahuan anda, semua syarikat takaful yang ada di Malaysia hanya menawarkan pelan individu. Iaitu untuk orang perseorangan...dan jika kita mahu ambil insurans untuk keseluruhan ahli keluarga kita, kita terpaksa mengambil insuran satu persatu. Dan sudah tentu kos pembayaran juga adalah tinggi. Dan saya pasti, tak ke semua masyarakat kita hari ini mampu buat macam tu kan?
Jika ditakdirkan sakit, bolehkah kita memilih siapa di kalangan keluarga kita yang akan sakit? Jika kita hanya ambil medical card untuk diri kita sahaja, sanggup tak kita lihat penderitaan ahli keluarga kita yang lain sekiranya ujian sakit menimpa? Na’uzubillahi min zaalik…
Justeru AIA AFG Takaful mengambil inisiatif menawarkan family medical card; pelan untuk satu keluarga, tak kira berapa ramai ahli keluarga anda, anda hanya perlu membayar jumlah yang sama biarpun ahli keluarga bertambah*. Jimat kan?
Bagaimana dengan manfaatnya?
1.
Satu-satunya Takaful Medical Card yang tiada had limit keseluruhan. Asalkan polisi anda masih
aktif, anda berhak claim tak kira berapa banyak sehingga akhir hayat kita.
2.
Had Tahunan yang tinggi; pelan
satu pun sudah RM90,000, yang paling best jika ambil pelan keluarga, setiap
individu memiliki had tahunan RM90,000. dan ianya tanpa had.... cthnya
sekiranya pada tahun ini kita dah guna rm 30,000 thn dpn had tahunan kita ttp
akan jd rm 90,000. begitu juga lah pada thn2 akan dtg.
3.
Ada limit free ko-takaful. Kebanyakan
syarikat mengenakan ko-takaful. Apa maksudnya? Jika syarikat terbabit
mengenakan 10% ko-takaful bermakna peserta takaful terpaksa membayar 10%
daripada jumlah bil bergantung kepada maksimum yang dikenakan syarikat
tersebut.. tetapi dengan medical card AIA AFG rm22500 adalah free ko-takaful
bagi plan 150.
4.
Boleh claim kos rawatan selepas keluar wad sehingga maksimum 120
hari. Ini memberikan masa yang lebih kepada pelanggan berbanding kebanyakan
syarikat lain; ada yang hanya 31 hari sahaja.
5.
Tiada caj ko-takaful sekiranya peserta upgrade bilik. Peserta
takaful hanya perlu bayar lebihan harga bilik daripada harga pelan yang
dimiliki x jumlah hari di hospital. Sesetengah syarikat mengenakan ko-takaful
sehingga 20% daripada harga keseluruhan bil.
6.
Guarantee renewal. Peserta masih boleh meneruskan pelan takaful
biarpun dah buat claim.
7.
Servis yang cekap. Ini kerana AIA AFG Takaful tidak menggunakan
pihak ketiga dalam menguruskan claim dan sebagainya. Ini mempercepatkan proses
dan memudahkan claim
Banyak lagi
kelebihan-kelebihan yang lain yang boleh dikongsi. Semoga keterangan ini dapat
membantu saudara sekalian!!!
Amir Bin Hamzah,
Perunding Takaful AIA AFG Takaful
019 - 5555 393
amir.takafuladvisor@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan