Rabu, 29 Januari 2014

Cara-cara Menggunakan Medical Card

Cara-cara menggunakan medical card

penggunaan kad medik


Assalammualaikum dan salam sejahtera..pada kali ini saya akan menyentuh berkaitan cara-cara menggunakan kad medik yang kita perolehi melalui caruman dalam takaful..Melalui dapatan saya bertemu dgn client, saya dapati kebanyakan daripada kita hanya memiliki medical card tetapi tidak mengetahui dengan lebih lanjut cara menggunakannya...Oleh yang demikian, pada entry kali ini saya akan berkongsi bagaimana cara menggunakan medical card dengan berkesan..

Sebelum menggunakan medical card yang dimiliki beberapa perkara perlu kita pastikan terlebih dahulu..Antaranya


1. Ketahui had penggunaannya terlebih dahulu.

Dewasa kini terdapat banyak syarikat takaful yang menawarkan pelbagai medical card..Setiap syarikat menawarkan had yang berbeza-beza..Contoh syarikat takaful X menawarkan RM 200 000 untuk had seumur hidup manakala syarikat Y menawarkan RM 100 000 untuk seumur hidup..Elemen ini penting kerana kita perlu bijak menggunakan had yang ditawarkan supaya ianya tidak kehabisan apabila kita benar-benar memerlukannya pada suatu masa nanti...
Contoh : Ahmad berusia 25 thn dan telah mengambil medical card bersama syarikat takaful Y dengan had penggunaan seumur hidup RM 100 000...Pada usia 27 thn Ahmad dimasukkan ke hospital swasta kerana kecederaan ketika bersukan..Kos yang digunakan ialah RM 3000..Jadi had medical card Ahmad tinggal RM 97 000..Maka Ahmad perlu berhati-hati menggunakan had ini bagi memastikan hadnya tidak kehabisan untuk kegunaan seumur hidupnya...

2. Pastikan medical card kita tidak 'lapse'...

Pembayaran medical card memerlukan komitmen bulanan, tahunan dan sebagainya..Jadi kita tidak boleh lewat dari tarikh due nya untuk menjelaskan bayaran..Jika lewat medical card kita akan "lapse' dan kita tidak boleh menggunakannya..Ini kerana setiap medical card ada "waiting period'...Kita boleh menggunakannya semula apabila telah menjelaskan bayaran tetapi perlu menunggu tempoh "waiting period ' berakhir...

3. Pastikan yuran ko-takaful atas medical card

Ko-takaful merupakan bayaran yang dikenakan di atas penggunaan medical card..Setiap medical card mempunyai ko-takaful yang berbeza..Ini penting bagi memastikan kita mempunyai cash yang cukup untuk menjelaskan bayaran ko-takaful..Jadi sebelum memilih mana-mana medical card sila pastikan berapakah nilai tuntutan yang dikecualikan daripada ko-takaful..
Contoh: Saya memiliki medical card syarikat Z dan ko-takaful yang dikenakan hanyalah pada bil yang melebihi RM 22 000..Jika amaun tuntutan tidak melebihi jumlah tersebut maka saya tidak perlu menjelaskan ko-takaful..

Selepas jelas dengan perkara di atas, maka anda boleh menggunakan medical card anda umpama kad debit..

Bila dan bagaimana menggunakan medical card anda?

1. Apabila kita mengalami proses hospitalisasi ( masuk wad ) untuk apa sahaja penyakit  kecuali AIDS, penukaran jantina, dan perkara-perkara berkaitan kandungan(wanita mengandung )...hanya perlu menunjukkan medical card pd pihak hospital swasta...

2. Claim akibat kemalangan walaupun kemalangan kecil sekali pun menggunakan resit mana-mana klinik..Contoh anda terjatuh ketika bekerja..Pergi klinik X dan dikenakan bayaran RM30..Jadi resit klinik tersebut boleh digunakan untuk claim..Kita juga boleh mendapatkan rawatan pesakit luar akibat kemalangan di hospital2 swasta..

3. Rawatan susulan

Selepas keluar wad, kebanyakan doktor akan memberi tarikh kepada kita untuk rawatan susulan..Jadi setiap bayaran yang dikenakan semasa rawatan susulan boleh claim..

Ini adalah serba ringkas berkaitan penggunaan medical card..Saya tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut kerana setiap medical card daripada syarikat takaful yang berbeza mempunyai kelebihan masing-masing yang tersendiri...Jadi terpulang pada anda untuk menentukan pilihan..Sebelum memilih medical card, fahami benar2 isi kandungannya..

Untuk mendapatkan medical card yang unlimited (tiada had) untuk seumur hidup, boleh hubungi saya di 019-5555393 Amir Bin Hamzah (perunding takaful AIA Public Takaful )..Harga yang ditawarkan serendah RM 51 sebulan...