Selasa, 3 September 2013

SOALAN SOALAN LAZIM MENGENAI MEDICAL CARD

1. Berapa jenis plan yang ditawarkan dan selain plan keluarga, adakah plan bagi individu atau suami isteri?

Secara keseluruhan, dua jenis plan ditawarkan iaitu
 Plan Medical Card Dengan Limit Perlindungan & Plan Medical Card Tanpa Limit Perlindungan. Selain plan medical card keluarga, kami juga menawarkan plan individu atau suami isteri. Ciri ciri perlindungan sama sahaja seperti plan keluarga.
2. Apakah perbezaan antara Plan Medical Card Family Dengan Limit Perlindungan & Plan Medical Card Family Tanpa Limit Perlindungan.
Plan Medical Card
 Family Dengan Limit Perlindungan memberikan package package perlindungan pada setiap ahli keluarga yang mempunyai limit sepanjang hayat. Sebagai contoh, jika seseorang pemegang plan medical card dengan limit Rm200,000 telah habis menggunakan limit tersebut, perlindungan untuk beliau tidak ada lagi.
Plan Medical Card Family Tanpa Limit Perlindungan memberikan perlindungan tanpa had dimana anda tidak perlu risau kehabisan limit.
3. Bagaimana saya boleh bayar premium medical card family ini?
Anda boleh bayar premium ini melalui Maybank2u, Maybank autodebit, BSN autodebit, kad kredit atau tunai.
4. Mode bayaran bagi medical card family ini?
Anda boleh bayar tahunan, setengah tahunan atau suku tahunan.

5. Berapa lama saya perlu membayar premium medical card ini?

Premium medical card ini perlu dibayar selagi anda menggunakannya atau sehingga usia 100 kerana ia adalah plan standalone dan tidak dihimpun dengan insuran hayat. Namun jika anda ingin merancang plan insuran medical card anda dengan insuran hayat/takaful hayat, maka anda boleh berhenti bayar apabila simpanan insuran hayat anda mencapai tahap simpanan yang banyak.

6. Adakah plan medical card family ini akan ditamatkan jika saya mempunyai sejarah tuntutan yang tinggi?

Plan medical card family ini tidak akan di tamatkan walaupun anda mempunyai sejarah claim yang tinggi.
7. Sehingga usia berapakah plan medical card family ini boleh diteruskan?
Anak anak dibawah plan medical card family dilindungi sehingga usia 23 tahun jika masih belajar dan belum berkahwin. Ibu dan bapa dilindungi sehingga usia 100 tahun.

8. Apa saya perlu buat apabila anak anak saya sudah dewasa?

Apabila anak anak anda sudah dewasa iaitu sudah berusia lebih 23 tahun, maka anda berhak menukar package dari family ke package Suami Isteri. Ini adalah package yang lebih murah kerana hanya melindungi dua orang. Namun, semua ciri perlindungan masih sama.

9. Berapa lamakah tempoh menunggu?

- Tempoh menunggu adalah 30 hari dari tarikh permohonan diluluskan oleh pihak insuran. Bagi sesetengah penyakit tertentu dibawah, tempoh menuggu adalah
§  120 hari dari tarikh plan diluluskan bagi tonsil, adenoid atau penyakit berkaitan dengan organ pembiakan wanita.
§  60 haridari tarikh plan diluluskan bagi Rawatan Kanser Pesakit Luar
§  30 hari dari tarikh plan diluluskan bagi Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar
10. Berapa ramai anak dan isteri yang dilindungi oleh medical card ini?
Limit jumlah anak dikenakan adalah 4 orang sahaja secara keseluruhan. Anda boleh melindungi kesemua anak anak anda dari kesemua perkahwinan anda. Amat menjimatkan untuk mereka yang berpoligami atau mempunyai anak anak dari perkahwinan lain. Namun, isteri hanya seorang sahaja. Mereka yang berpoligami kena pilih isteri mana yang akan dilindungi dibawah plan medical card keluarga. Isteri lain boleh diambilkan plan individu.
Bagi mereka yang mempunyai anak ke 5 dan selebihnya, maka anak anak ini perlu diambilkan plan berasingan. Sila hubungi saya untuk opsyen lain yang ada.


Untuk dapatkan proposal atau keterangan lanjut, boleh hubungi saya di;

Amir bin hamzah;

Perunding Takaful AIA AFG,

019 - 5555 393,

email : amir.takafuladvisor@gmail.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan