Sabtu, 19 Oktober 2013


Simpan RM4.80 sehari dapat SERENDAH RM5.94 Juta di AIA AFG Takaful

Dah agak lama saya tak update blog insuran takaful pilihanku. Maklumlah, agak sibuk kebelakangan ini. Dikesempatan ini dan ruang yang terhad ini, saya nak sharing dengan kawan kawan bagaimana AIA Takaful dapat membantu anda menyediakan pelan perubatan tertinggi dengan simpanan serendah RM4.80 sehari.
Pernahkah anda terbayang simpan serendah RM4.80 sehari mempunyai nilai serendah RM5.94 juta di AIA AFG Takaful? Mesti anda tertanya-tanya apa yang saya cuba sampaikan? Cuba baca seterusnya.


Seperti KWSP

Seperti yang kita maklumkan bahawa akaun simpanan kita di KWSP mengandungi dua jenis akaun iaitu Akauan I untuk persaraan dan akaun II untuk rumah,pengajian dan juga perubatan.

Akaun I kita tidak boleh keluarkan sehingga umur 50 tahun, tapi akaun II kita boleh keluarkan dengan syarat hendaklah untuk kegunaan seperti pembelian perumahan, pengajian dan perubatan.

Samalah juga dengan akaun di AIA AFG Takaful ni, ianya terdiri dengan 2 akaun, satu untuk persaraan dan satu lagi untuk perubatan. Namun, tidak seperti KWSP, kita tidak perlu tunggu sehingga berumur 50 tahun untuk buat pengeluaran. Kita boleh buat pengeluaran apabila nilai akaun sudah mencecah lebih kurang RM2000 lebih.

Struktur Akaun

Tidak seperti KWSP, yang sumber adalah datang dari dua sumber iaitu orang yang mencarum dan juga majikan. Akaun ini adalah datang dari satu sumber iaitu kita sahaja. Jadi, janganlah berharap jumlah simpanan setinggi seperti di KWSP.
Ok disini saya ambil contoh diri sendiri, simpanan RM4.80 sehari adalah bersamaan dengan RM150 sebulan. Daripada RM150 itu akan dipecahkan kepada 2 akaun, iaitu akaun persaraan dan akaun perubatan. Tidak seperti KWSP, pecahan kedua iaitu akaun perubatan di AIA AFG Takaful ini disediakan sebanyak RM90,000 setahun sejak dari mulanya akaun dibuka sehingga peserta berumur 99 tahun.

Jadi jika di tolak dengan umur saya tahun ini iaitu 33 tahun, ada perbezaan 66 tahun, dan 66 tahun itu didarabkan dengan RM90,000 bermakna jumlah akaun perubatan adalah sehingga RM5.94 juta selama 66 tahun ini.

Jika dibandingkan dengan KWSP, akaun II hanyalah mengikut jumlah terkumpul dan jika digunakan ia terpaksa dikumpulkan semula.

Kelebihan akaun perubatan

  • Tiada ko-takaful sekiranya jumlah bil dibawah RM22,000
  • 10% ko-takaful jika lebih RM22,000 dengan maksimum RM3000
  • Tiada ko-takaful untuk transplan organ, jadi percuma sehingga RM90,000
  • Elaun tunai untuk hospital kerajaan.
  • 120 hari masing-masing untuk bilik biasa di dalam negara dan luar negara serta Unit rawatan rasmi.
  • Bil perubatan 60 hari sebelum dan 120 hari selepas juga boleh dituntut.
  • Rawatan pesakit dirumah.
  • Elaun tunai menemankan anak dihospital.
  • Dan macam-macam lagi.

Berminat

Mungkin ada pembaca yang berminat ingin tahu bagaimana untuk menyimpan atau mencarum, berapakah jumlah simpanan yang patut disimpan. Seperti KWSP, tidak semua orang mencarum dengan jumlah yang sama, ia mengikut jumlah gaji seseorang itu. Untuk akaun simpanan di AIA AFG Takaful, perbezaan jumlah simpanan setiap orang adalah mengikut umur.

Jika ada antara pembaca ingin mengetahui berapa jumlah simpanan minimum yang mereka perlu simpanan sehari, bolehlah sediakan sedikit info seperti:
  • Nama
  • Tarikh lahir
  • Merokok atau tidak.
  • Pekerjaan

Jika ada segala pertanyaan bolehlah hubungi maklumat tertera dibawah:

Nama: Amir bin Hamzah
HP: 019 . 5555 393
Email: amir.takafuladvisor@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan