Ahad, 27 Oktober 2013

Apa Tujuan Anda Miliki Kad Medik.....?

Apa Tujuan Anda Miliki Kad Medik.....?

APA TUJUAN ANDA INGIN MEMILIKI PERLINDUNGAN KAD MEDIK....?
Saya pasti persoalan ini pasti pernah bermain di fikiran anda di luar sana... Mari kita cuba rungkaikannya. Mungkin ia dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam membuat pemilihan kad medik mana yang bersesuaian dengan anda seisi keluarga...
1) Kad medik dapat membantu membayar bil yang agak mahal oleh pihak Specialist Hospital.
2) Sekiranya ada bayaran yang dikenakan, ianya amat minimumdan tidak membebankan.... Tentang hal ini saya pasti kita akan berasa sakit hati apabila terdapat segelintir syarikat takaful di Malaysia yang mengenakan caj ko-takaful kepada para pencarum. Bayangkan sekirannya bil hospital hanya rm 1k. Pencarum tetap dikenakan caj rm300. Sudahlah dibebankan dengan caruman bulanan takaful setiap bulan dan ditambah pula dengan caj ko-takaful seperti ini, ia pasti amat menyakitkan hati.
3) Memberikan perlindungan yang paling optimum dan maksimum.... Tentang hal ini, kita terus rujuk kepada syarikat AIA AFG Takaful... Melalui plan paling murah yang ditawarkan sykt ini, penyedia takaful ini menyediakan ekstra cover perlindungan sekiranya pencarum menghidap kanser dan masalah buah pinggang. Saya bukanlah menafikan kehebatan penyedia takaful lain. Tetapi AIA memberikan EKSTRA COVER RM 80k untuk rawatan dialisis dan rm112.5k untuk rawatan kanser. Jumlah ini tidak termasuk rm90k had tahunan yang sedia ada diberikan.
4) Tiada had penggunaan seumur hidup.
5) Diterima di banyak hospital swasta dan specialist.
6) Dikendalikan sykt penyedia takaful yang benar2 mantap. Bagi persoalan ini, pengendali takaful seperti AIA sememangnya tidak boleh disangkal lagi. kalau tidak kukuh pastila AIA tidak mampu untuk mengambil alih pengurusan sykt ING Malaysia. Pengambilalihan sykt ING Malaysia oleh AIA sememangnya menunjukkan AIA amat kukuh.



Berdasarkan bil hospital di atas, pencarum hanya dikehendaki membayar rm 59.80 sahaja kepada pihak hospital. Sedangkan pengendali takaful telah menjelaskan rm 3012 kepada pihak hospital.



Berdasarkan bil ini pula, pencarum hanya perlu menjelaskan bil rm 52 sahaja sedangkan pihak AIA AFG Takaful menjelaskan rm 2292.78.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan